Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 31 Ogos 2015

Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia ke-58 !



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Teringat lagi KK bila zaman sekolah, tiap kali detik tanggal 31 Ogos pasti akan dengan laungan keramat ni dengan lantang


Tersenyum KK bila mengenangkan kenangan tu, lagi-lagi zaman sekolah, seronok dengan kawan-kawan yang sangat ramai saat tu, berpakaian segak berbusana Melayu

Tapi, itulah, semua kenangan, bila dah tua-tua ni, mana lah ada masa nak pergi sambut macam tu, nak tengok perbarisan pun tidak, asyik dengan kerja saja

Sudah 58 tahun negara tercinta kita Malaysia merdeka, dulu zaman sekolah, selalu tunjuk video orang berperanglah, zaman nenek moyang kita berperang demi negara


Tema bagi Hari Kemerdekaan tahun ini ialah Malaysia #SehatiSejiwa, berlogokan bentuk hati yang berlatarkan peta Malaysia, sangat comel

KK ni kerja, kalau dulu sekolah lain, haha, tahun ni tak berapa ambil tahu, sekadar tahu logo dengan tema sahaja, hehe

Apapun, selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-58 bagi tahun 2015, semua cuti ! KK ni kerja, haha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan