Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 21 September 2015

"BurgeRak" di malam hari !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

2 hari lepas, KK cuti, jadi malam tu ada program saat akhir, kawan ajak makan di Burgerak, lama sangat dah KK tak makan kat sini


Teringat 2 tahun yang lalu, boleh rujuk entri SINI, pernah makan, tapi masa tu Burgerak tak seGah namanya kini, menjadi jenama yang begitu terkenal

Bersama 4 jelitawan, Cik Siti, Cik Farah, Cik Erne dan adik Cik Anis ada sekali, jadi berlima kami makan di Burgerak, hehe

 

Macam-macam dah menu sekarang, nama pun pelik-pelik, punya keunikan yang tersendiri, tak tahu jenis menu? tanya saja abang-abang kat situ, semua ramah tamah !

Disebabkan KK sakit tekak, jadi terpaksa minum Milo saja, tak dapat nak rasa air Haus, terliur tengok yang Cik Erne kita punya, telan air liur saja

 

Tempat pun luas, "open air" konsep dan santai, boleh duduk diluar atau didalam, memang meriah kalau menjelang malam, ramai orang

Kalau di Kuantan, boleh ke Jalan Beserah kedainya, deret East Cost Steamboat, ataupun di De Mall depan Megamall tu sebelah Aliff, atau di Sungai Isap, berdekatan Aki FoodCourt


Apapun, Burgerak tetap best ! KK menyokong barangan tempatan, ayuh kita sokong anak muda untuk berjaya hingga persada antarabangsa !

Burgerak terus maju ! InsyaAllah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan