Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 20 September 2015

Cuti


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Penat Sabtu dan Ahad pasti terbayar harini, haha, dapat merasa cuti, tapi KK banyak program yang tak dijangka sangat


Menerima berita sedih tatkala pagi, ibu kepada salah seorang sahabat KK telah kembali ke rahmatullah, suasana sedih menyelubungi kesemua rakan taulan

KK telah pergi menziarah, tapi malangnya, KK tak sempat nak jumpa kawan KK tu, sebab dah lambat sangat, KK terpaksa balik, sebab ada antara kawan yang ada kerja, jadi terpaksa pulang awal

Takziah kepada rakan KK, sebab dia anak tunggal, baru sahaja ayahnya pergi menghadap illahi, kini, ibunya pula menyusul selepas ayahnya, Al-Fatihah

Petang ni, kejap lagi, KK nak ke agensi pekerjaan pula, yang lain, daftar kat pula, susah nak mengharap satu tu saja, sambil-sambil cari secara manual

InsyaAllah, harap dipermudahkan urusan KK, percaya kepada Allah, akan dipermudahkan, cuma perbanyakkan doa dan ibadah :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan