Followers !

Khamis, 3 September 2015

Atas permintaan seorang anak


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru saja semalam KK beritahu mak yang KK teringin nak makan nasi minyak sebab hari ni kan KK cuti, jadi nak makan sedap sikit


Mak cuma diam dan menggangguk sahaja, seperti tidak mengatakan tidak atau ya, jadi KK tidak meletakkan harapan, cuma sekadar berharap

Tak sangka bangun pagi tadi tengok bawah tudung saji ada ayam masak merah dengan acar nenas dan sedikit ayam gulai, senyum KK sebab permintaan dimakbulkan


Kadang-kadang ibu kita ni mesti nak turut semua permintaan anaknya, apa yang boleh dikejar, pasti ditunaikan, cuma kita jangan terlalu mendesak

Terima kasih ibu, tak sangka tunaikan permintaan KK ni, selagi kita masih ada ibu, hargai mereka selagi mereka masih bernafas di atas muka bumi ini



2 ulasan:

  1. seorang ibu sememangnya tidak pernah mengecewakan permintaan seorang anak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kak, ibu mana tak sayangkan anak

      Padam