Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 23 September 2015

Cuti 4 hari !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Seronok apa dapat cuti deret 4 hari, bukan senang kan, haha, berbunga-bunga hati ni tadi, tak sabar nak balik rumah, mengenangkan cuti 4 hari


Berbaloi lah, KK dah lunaskan habis "AL" yang masih berbaki, lagi beberapa hari lagi KK nak habiskan kerja disitu, nanti dah tak ada, kerja lain pula

Masih berlegar-legar di fikiran, nak buat apa esok, sampai 4 hari, pastinya raya, KK sampai tak sedar esok dah raya, langsung tak buat persiapan

Jangan esok bangun lewat sudah, haha, kan tak pasal kena marah dek mak, rasanya esok, biasa saja, dengar kata mak nak buat nasi minyak

Tinggal kurang dari 1 minggu KK akan tinggalkan tempat kerja, insyaAllah, rezeki di tempat lain, walau apapun, percaya kepada Allah, Allah maha Mengetahui yang terbaik untuk umatnya

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan