Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 6 September 2015

Nasi Kukus My Mama !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Masa rehat tadi, KK tak ada selera nak makan, sebab dari pagi tadi sakit perut, tak tahu kenapa, dah pergi tandas, tapi perut macam memulas


Jadi tak ada selera nak makan, kawan pula ajak makan nasi kukus, terliur sangat, tapi disebabkan perut yang tak berapa nak memberi kerjasama, KK lupakan niat murni itu

Tengok sajalah kawan-kawan makan, nasi panas-panas, dengan ayam baru goreng, memang sedap, bau pun dah tahu, tapi hanya mampu telan air liur


Lokasi di Bukit Sekilau, memang dekat saja dengan ECM, tempat KK kerja, keluar rehat lewat harini, sebab ramai orang, tak boleh nak tinggal sangat

Tak apa, nanti bila perut KK dah normal, boleh pergi semula, makan disini, hehe, bukan jauh pun, bila-bila pun boleh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan