Followers !

Jumaat, 25 September 2015

BBQ bersama kawan-kawan !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, seperti yang dirancang, walau sedikit lewat, tapi semua gembira, begitulah yang direncanakan, semua suka, harap


KK dari pagi tadi buat kerja, sampai petang dah mengantuk sangat, sedar tak sedar pukul 6:30 baru bangun, haha, barulah sambung semula kerja

 

Lepas maghrib tu, dah mula angkut barang, KK baru nak ambil pembakar di rumah kawan, yang besar, senang sikit, banyak cepat bakar

Pukul 9 baru mula bakar ayam, diselangseli dengan ikan kembung, ikan pari, ketam dan sotong, penuh tempat pembakar, hehe

 


Memang banyak makanan, tak putus-putus bakar, sebab ada 3 bekas besar, ayam saja dah 3 ekor, yang lain, memang banyak

Kami bergilir-gilir tukar orang untuk sesi bakar ayam, penat kalau kita seorang kan, jadi bergilir-gilir, siapa makan dulu, lepas tu dia pula tolong, bekerjasama kan elok


Memang seronok, ramai-ramai macam ni, bukan senang nak kumpul ramai-ramai, lagi seronok sebab kawan KK si Arif ni ada sekali, dia balik cuti raya

Memang makan sampai kenyang, sebab banyak makanan ada lebih, siap bawa balik, hehe, pasal perapan KK tu, rasanya dah boleh ambil tempahan lepas ni, hahahaha, berangan saja KK ni


Terima kasih semua, harapnya semua berpuas hati, maafkan dikala kekurangan KK, harap diampunkan jika ada tersalah cakap ke apa, maaf, hehe, terima kasih !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan