Spice of My Life

Followers !

Halaman

27/09/2015

Habis sudah cuti 4 hari !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rasanya sekejap nya masa berlalu, 4 hari cuti rasa macam angin lalu saja, tup-tup esok dah kerja, huwaaa, tak nak pergi kerja, haha, beginilah akibatnya kalau cuti lama sangat


Sebab tu KK tak suka cuti lama-lama, dah seronok bangun lambat, tak perlu fikir nak kemana-mana, tak kejar masa, tiba-tiba esok kerja pagi

Raya macam biasa, tidak semeriah raya Aidilfitri, cuma kunjungan itu masih ada, aktiviti ziarah menziarahi itu masih berjalan, mengeratkan lagi silaturrahim antara Islam

2 hari beraya, 2 hari berjalan, banyak kunjungan, banyak pula aktiviti, duit ni tinggal hujung-hujung saja, nasib buka dompet kupu-kupu saja tak terbang, haha

KK lagi 3 hari, lepas tu tak kerja dah, haha, tidaklah, masih kerja, cuma bukan disitu, kalau tak kerja, siapa yang bayar hutang? haha

Esok pula kerja pagi, harap dapat bangun dengan baik, malam ni nak tidur awal, haha, awal lah sangat, dah pukul berapa ni, hehe

Selamat Malam semua !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan