Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 28 September 2015

Menghitung hari #2


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sedar tak sedar, dalam masa berlalu, sudah 28 hari notis berhenti kerja KK berjalan, jadi tinggallah sisa lagi 2 hari, sangat tak sedar begitu cepatnya masa


KK sibuk sikit sekarang, maaflah yang ada komen di blog, KK tak sempat nak balas, bukan sombong, tapi masa menjadi kekangan, nanti KK balas satu persatu, jangan risau

Hati mana yang tidak terdetik, dalam kita gembira, bohonglah kalau hati tidak sedih kan, nak kata lama tak juga, adalah setahun jagung KK kerja disini, semua dah kenal


KK yang kerja baru 1 tahun 5 bulan dah rasa sedih, orang yang dah kerja 5 tahun, ada yang 10 tahun, macam mana rasanya, mesti sayangnya nak tinggal

Back to New Staff ! haha, mengenakan baju putih, sebab baju oren nak pulang harini, jadi pakailah baju masa mula-mula KK kerja haritu, nampak lain

Baju agak besar, tak tahu baju zaman bila, nasib masih elok, lagipun untuk 2 hari saja pakainya, lepas ni kita pakai baju lain pula, hehe

Harapnya rezeki selepas ni lebih meluas kepada KK, Allah tahu yang terbaik untuk umatnya, KK amat berterima kasih kepada semua yang menyokong KK selama ini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan