Followers !

Ahad, 13 September 2015

Rehat seorang diri!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK kerja petang, hari ni tak berteman, sebab kena rehat seorang demi seorang, jadi alamatnya, makanlah seorang, hahaha


KK bawa bekal, mak masak, celik mata pagi tadi, penuh lauk bawah saji, hehe, terus per gi mandi, bersiap-siap nak pergi kerja


Dah siap, KK bungkus lauk nak bawa bekal ke tempat kerja, lepas dah siapkan bekal, ambil pinggan makan nasi pula, haha, sarapan pagi kononnya

Lauk hari ni, nasi putih, ikan goreng dengan sayur suhoon dengan pucuk masak lemak, tak lupa acar nenas, cukup lengkap hidangan


Tak lupa air dengan perahan lemon, acah-acah air detox, hahaha, kurusnya tak pun tapi air lemon buat selalu, biarlah, lemon bagus untuk sistem tubuh badan kita, jadi selalulah amalkan ye

KK makan dulu, hehehe, selamat menjamu semua, selamat berhujung minggu !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan