Followers !

Jumaat, 25 September 2015

Persiapan sudah 70% #BBQ



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dari pagi tadi KK buat kerja baru sekarang nak rehat sekejap, satu badan bau ikan, ketam, ayam dan pari, haha, nasib dah mandi dulu

KK ambil makanan laut pagi tadi balik saja terus siang ikan, potong kecil untuk buat perapan, semua KK perap guna sos lada hitam, beli yang siap terus


Nasib Cik Mira ada tolong KK,  kalau buat seorang, penat juga, bila berdua ni memang ringan sikit beban yang ada, seronok pun satu, berteman buat kerja

KK memang bahagian makanan mentah, bahagian perapan, bahagian masak, air, bakar semua orang lain, haha, KK penat dah biar yang lain urus kan pula


Harap malam ni terjadi seperti yang dijangka, jangkaan hadir dalam 12 orang termasuk KK sendiri, bahan nak bakar banyak tu, kalau tak habis jangan balik,  haha

Ayam 3 ekor, sotong 2 kilo, ikan 2 kilo, ketam 3 ekor, dan pari seekor, banyak tu, kalau tak habis jangan balik, haha, main ugut macam tu, nak makan sangat kan, hehe




Tiada ulasan:

Catat Ulasan