Followers !

Rabu, 23 September 2015

Billah Coffee !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Petang kelmarin, lepas KK balik dari daftar di agensi pekerjaan, KK singgah di salah satu gerai minuman yang sangat terkenal di Kuantan


Kopi Billah atau Billah Coffee yang namanya sedang mencanak naik buat masa sekarang, semua orang tengah cari, hari-hari beli, sampai ada yang ketagih !

KK ni lambat, haha, orang dah 3-4 kali beli, kita baru nak pertama kali beli, haha, tapi memang ramai orang, beratur, siap ambil nombor giliran

Datang je Cik Mira terus ambil kertas kosong, tulis jenis kopi yang nak, KK cuba yang Cappucino, sebab nampak macam menarik dan sedap

 

Cik Mira pilih Mlik Traditional Coffee, katanya dah 3 kali datang beli yang sama, minat sangat dia, tak jemu ambil yang sama, tak apalah, minat sangat kan, haha

Adalah dalam 45 minit tunggu, orang yang penyabar saja boleh beli, tapi, kesabaran itu berbaloi, sebab kopinya memang sedap !

Sedap sangat, yang beli seorang saja, tapi sekali borong 6 bungkus sekali, punyalah minat, sangat, seronok tengok majunya perniagaan seseorang itu berkembang

Murahnya rezeki perniagaan kat sini, orang memang tak putus, berpusu-pusu orang singgah, penuh kereta tepi jalan, memang tak rugi menunggu biarpun lama, Terbaik !







Tiada ulasan:

Catat Ulasan