Followers !

Khamis, 17 September 2015

Demam + Sakit Tekak = Tak ada Suara!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Langit tak selalu cerah, laut juga tak selalu tenang, begitulah hidup kita tak selalu sihat, ada kala sakit, ada kala sihat


Musim jerebu boleh mengundang pelbagai penyakit yang kita sendiri tak boleh nak elak, jadi kalau tak jaga diri, tak jaga kesihatan, penyakit akan datang tanpa dijemput

KK dah 2 hari sakit tekak, semalam dah ke klinik, badan tak berapa bermaya, doktor cuma bagi ubat demam dan lozenge ubat perisa oren, mcm strepsil tu


Tup -tup hari ni bangun pagi tak ada suara, suara hujung-hujung saja, hahaha, lepas tu demam pula, KK pergi juga kerja, teguhkan diri juga, sebab dah esoknya Jumaat, KK cuti

Alang-alang dah, tak apalah, tahan sikit, kat tempat kerja baru makan ubat, KK makan sikit, terus makan ubat, lega sekejap, masa rehat lepas makan tidur, mengantuk sangat

KK masih makan ubat, nak sihat, kena minum banyak air masak doktor cakap, suara habis serak ni, KK harap cepat sihat


4 ulasan:

  1. Semoga cepat sembuh KK.. Itu klinik fav akak sejak sekolah rendah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak asma, saya datang sini sebab klinik panel, hehe

      Padam