Followers !

Jumaat, 6 Januari 2017

Popia Ayam Cendawan !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisah minggu lepas rasanya KK balik Kuantan, jadi curi masa sikit buat popia ayam cendawan ni, ehehe, ini kali kedua dah buat popia ni, laku sangat



Bukan susah pun, bahan pun tak banyak, kena rajin jelah sikit, kalau malas beli sajalah yang dah siap kan, hehe, KK buat pun suka-suka saja, makan sendiri


Hasil yang dah siap, dah siap simpan dalam peti beku baru tahan lama, sekali KK buat dapat dalam 25 keping popia, susun cantik-cantik dalam bekas dan simpan

Kalau rasa nak makan, goreng saja dengan minyak yang panas, api jangan kuat sangat, buat perlahan saja jadi barulah isi dalam cair dengan jayanya, baru sedap makan

InsyaAllah nanti ada masa dan bila KK buat lagi KK akan kongsikan bahan-bahan dan cara-cara buat popia ayam cendawan, hehe

2 ulasan: