Followers !

Ahad, 5 Februari 2017

Bertiga di East Coast Steamboat !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisah minggu lepas, masa KK balik Kuantan sebab urusan kakak bernikah, jadi malam tu kawan KK ajak makan steamboat pula, ni saja nak bagi gemuk, haha


KIta ni sibuk nak kurus, tapi dia sibuk ajak makan, macam mana tu, haha, layankan saja, lagipun bukan selalu, jadi ayuhlah kita menternak lemak, haha



KK Dah lama tak jumpa si dua orang ni, Cik Ernie ni senang ada di Kuantan, yang Cik Nadiah tu jauh belajar di Negeri Sembilan, haha, dia jauh sekali

Alang-alang dah balik cuti, ayuhlah bersama-sama melantak, haha, jadi bermulalah sesi makan tak pandang kiri kanan, haha, tak heran dah, yang tahu semua masuk mulut, hehe


Lagipun KK dah lama juga tak makan steamboat ni, nasiblah ada orang ajak, nak pergi seorang tak seronok kan, best makan ramai--ramai kalau steamboat ni

Begitulah kisah KK dalam segmen ayuhlah kita menambah lemak dengan lemak yang baru, paling penting kena jaga makan dan sulami dengan air masak dengan banyak tau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan