Followers !

Rabu, 8 Februari 2017

Sambut menantu kakak !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tanggal 5/2/2017 adalah tarikh sambut menantu kakak, majlis diadakan sederhana saja tanpa paluan kompang atau iringan lagu pun, sama macam majlis sebelah kakak sendiri


Buat kecil-kecil saja, jemput pun tak ramai, hehe, lagipun kita buat di kampung, KK dengan orang kampung berarak pun jalan kaki



Biasalah pakai pun baju yang mana ada saja, haha, KK saja baju tak bertukar, haha, jurugambar sendiri saja,itu pun guna telefon KK, tak menyempat nak edit bagai

Sanak saudara turut serta menceriakan hari bahagia kakak, orang kampung pun turut memeriahkan majlis dalam masa sama mengenali saudara baru



Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar, cuaca cukup baik dan suasana yang cukup harmoni,KK senang melihatkan semuanya baik

Sekali lagi, semoga berbahagia kakak ku dengan suri pilihan hati, jagalah keluarga dengan elok dan sentiasa mentaati suami dan sentiasa berada di sampingnya susah atau senang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan