Followers !

Ahad, 5 Februari 2017

Cermin mata RM70 di Sungei Wang Plaza !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rasa macam nak nyanyi lagu Cita Citata pula, Perawan atau Janda tu, tapi versi Teruna atau Duda, hahaha, cepat pilih, kiri duda, kanan tu teruna, cepat ! cepat !


Hahaha,  tak ada beza pun sebenarnya, orang yang sama, cuma cermin mata saja yang membezakan, tapi masih KK yang kamu semua kenali, haha

Ini nak cerita pasal cermin mata baru KK buat di Sungei Wang Plaza, masa KK ke KL tempoh hari, buat dua pasang terus sebab murah

Perkara yang baik perlu dikongsi, mana tahu akan memberi kesenangan kepada orang lain kan, insyaAllah kita sama-sama berkongsi, kalau bermadu? nak kongsi tak? hahahahahha


KK nak bagitahu perkara baik ni, memang kita harus berkongsi kan perkara baik, jangan kedekut tak elok, barulah Allah luaskan pintu rezeki kita

KK buat di Sungei Wang Plaza,kat kedai ni, memang baik sangat dan sangat ramah tuan kedai ni, penerangan sangat mendalam dan teliti untuk bagi pelanggan  faham

Berapa harganya? haha, yang ni pasti tertanya-tanya kan, KK buat "mahal" lah, RM 70 termasuk bingkai dan kanta, siap pula dalam masa 1 jam saja, mana nak cari? haha

Murah kan? sangat murah ! semua jenis bingkai sama harga, sebab tu KK buat 2 pasang terus, haha, yang petak tu KK buat yang biasa, yang bulat tu tambah transitition

Kalau nak tambah transitition, yang bila kena panas kanta cermin mata jadi gelap tu, cuma tambah RM 50 sahaja, sangat berbaloi dan sangat murah

Jadi, yang bingkai petak tu RM70, yang bulat RM120, semua total RM 190 untuk dua pasang cermin mata, murah sangat kan? memang berbaloi

Siapa-siapa yang berdekatan KL atau Selangor tu,boleh ke Sungei Wang, boleh ganti dah cermin mata lama tu, apa-apa boleh hubungi nombor di kad tu ye, KK sekadar berkongsi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan