Followers !

Sabtu, 1 April 2017

Demam


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Langit tak selalu cerah, laut tak selalu bergelora, begitulah juga dengan diri kita ni ada masa sihat, ada masa juga nak buat sakit, itulah lumrah kehidupan


Malam semalam sebenarnya dah rasa macam tak sedap badan, sampai ke bilik air terus muntah, habis semua yang KK makan keluar, sia sia makan, hahahaha

Sakitnya perut bila muntah kan, sakit tu sampai senak perut, macam nak terkeluar perut tu, berair juga mata ni, haha, tapi tahan saja, terus mandi

Siap-siap makan ubat terus letak kepala, tak lama belek-belek telefon terus terlelap, tak sedar bila terlelap tu, nasiblah dah awal-awal kunci jam, kalau tidak habislah

Pagi ni bangun dah demam, panas habis badan ni, ubat pula habis dah, malam nanti baru nak beli, KK kena kuat !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan