Followers !

Jumaat, 28 April 2017

Kejutan tak berapa menjadi !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisah KK bercuti tiga hari lalu, sempatlah nak buat acah-acah kejutan kat seseorang tu, biarpun hari lahir dah berzaman, nak juga buat sambutan walau kecil sekalipun


Hari lahir si Arif ni pada 5/4 lalu, hadiah dah dapat, haha, cuma kek saja lewat sikit, haha, tunggu dia balik Kuantan barulah ajak keluar, berpakat dengan dua gadis cantik ni, si Erni dan Farah



KK dah siapkan kek sehari sebelum, dan sebelum tu dah beri siap-siap pada Erni untuk dibawa pada malam tersebut, sebab mereka berdua datang malam untuk makan sekali, acah-acah datang lewat

KK sampai dulu, dan tunggu kek sampai, yang kelakarnya, beria lah si Erni dengan Farah menyanyi, tapi Arif buat-buat pelik, haha, kesianlah, sebab katanya tak tahu hari lahir siapa, padahal dah jelas atas kek tu ada nama dia, hahaha


Dah siap bergambar, makanlah dan melantak sambil bertukar cerita, lama dah tak berjalan ni, bukan selalu nak jumpa wakil-wakil rakyat ni, masing-masing sibuk mengalahkan menteri, hehe

Terima kasih semua sebab sudi memberi kerjasama dalam kejutan yang tak berapa menjadi ni, haha, lepas ni kita boleh jumpa lagi insyaAllah, KK sayang semua !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan