Spice of My Life

Followers !

Halaman

Khamis, 13 April 2017

Kek Pandan berlapis krim !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kali ni KK nak kongsi satu resipi pencuci mulut paling mudah dan paling sedap dengan kos yang minima dan bahan-bahan yang mudah didapati


Biasanya orang buat dalam balang kaca atau dalam bekas kecil nak bagi kepada tetamu di majlis orang kahwin atau majlis-majlis lain sebagai buah tangan

KK buat ni sebab ada lebihan topping krim yang masa buat kek bulan lepas, krim ni memang elok kalau disimpan tapi lama2 jadi cair juga, nak buang sayang

Beli saja sebarang kek span, atau kek mentega, atau kalau tak ada nak guna roti boleh, lebih kek ker, biskut pun tak ada masalah, semua boleh asal kreatif !


1) Bekas
2) Kek pandan
3) Lebihan topping krim


Susun kek pandan yang dipotong, untuk bekas ni KK buat dua lapis


Lapiskan dengan krim, ikut suka lah, KK ni sebab krim lebihan, sebab tu tak sama


Akhir sekali, hiaslah ikut suka, itu lebihan kek yang dipotong tadi, hancurkan dan tabur saja, hahaha


Inilah hasilnya, nak sedap simpan dulu dalam peti bagi kek tu sejuk, dan pastikan simpan dalam peti sebab itu topping krim

Sekian saja resipi yang cukup ringkas dari chef pencen, haha, boleh buat jangan risau sebab pasti sedap, KK jamin anda pasti makan sampai jilat sudu, licin bekas !

2 ulasan: