Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 6 Jun 2016

Ramadhan 1 : Nasi Kukus + Taufufah


Assalamualaikum dan Selamat Sejahera,

Alhamdulillah, selesai sudah kita berpuasa untuk hari yang pertama, macam mana semua? puasa pertama untuk Ramadhan tahun 2016?


KK biasa saja, macam tahun tahun terdahulu, tak rasa apa apa pun, tua dah kot, lapar tu biasalah, tapi dah tiap tahun, perkara biasalah, haha

Untuk harini, KK berbuka dengan Nasi Kukus saja, tadi rasanya nak makan nasi ayam, tapi bila sampai bazaar, tertarik tengok nasi kukus pula, haha


Untuk pencuci mulut pula, KK beli taufufah dengan kuah gula melaka, KK suka makan taufufah, lagi lagi kalau sejuk, nyaman saja tekak ni

Lepas berbuka tadi, pergi beli roti dulu untuk sahur, lepas tu baru makan taufufah ni, memang sedap sangat, puasa puasa ni semua rasa nak makan

Ikutkan hati dan nafsu, semua nak beli tadi  tapi sabar, tahan, nanti tak habis membazir, tak baik mcm tu, rezeki Allah tak boleh membazir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan