Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 15 Jun 2016

Ramadhan 10 : Krim Puff


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Projek dari semalam dah, bersambung pagi tadi, haha, tiba tiba rajin sampai, apa lagi terus godek dapur semalam lepas beli barang barang


Krim puff ni kalau kena gaya memang jadi, kalau tak kena memang tak jadi, haha, rasa nak baling saja semua, alhamdulillah masa KK buat semalam menjadi

Dah siap buat kastard jagung semalam dengan satu adunan kulit puff yang kosong tu, harini sambung buat lagi dua adunan, bagi banyak sikit


Alhamdulillah, banyak juga dapat, boleh bagi jiran-jiran sikit, esok KK dah balik Pekan, dua hari dah cuti, sudah sudahlah, haha

Dah siap, tunggu petang-petang sikit nanti KK paipkan kastard jagung dalam puff tu, sekarang awal lagi, rehat dulu dari tadi buat kerja

Selamat berpuasa semua, tak lama dah nak berbuka, mata pun mengantuk ni, rasa macam nak tidur sekejap, haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan