Spice of My Life

Followers !

Halaman

Khamis, 16 Jun 2016

Ramadhan 11 : Kuey Teow + Taufufah


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selesai sudah untuk ramadhan yang ke 11, sedar tak sedar dah 11 hari kita berpuasa, sekejap saja masa berlalu


Untuk harini, juadah berbuka KK beli kuey teow dengan rangka ayam, sebab tu memang kesukaan, tak boleh lari mana dah

Niatnya nak beli nasi kukus, tapi gerai yang KK selalu beli tu dia tak niaga harini, kosong saja gerai, jadi terpaksa tukar menu


Untuk pencuci mulut, lepas dah siap solat isyak tadi, terus ngap depan televisyen sambil tonton cerita Mok Cun, haha, memang wajib tengok

Cukuplah bagi KK yang bujang ni, beli banyak banyak pun tak habis, pergi bazaar macam nak beli semua, tapi tahan nafsu, nanti membazir tu amalan syaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan