Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 17 Jun 2016

Ramadhan 13 : Macam nak demam !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bangun sahur tadi dah rasa macam lain saja badan ni, KK tadi bersahur minum air dengan kurma saja, tak selera nak makan makanan berat


Terus tidur, tak sampai 10 minit sahur sebab mata mengantuk sangat, terkejut pula pukul 8, bangun saja dah rasa dahi dan leher panas saja, sudah lah, haha

Malas nak layan, terus mandi macam biasa, basahkan kepala lebih sikit, jirus punya jirus, gosok-gosok sikit dah siap, huhu

Terus pergi kerja, malas nak layan badan manja ni, makin dilayan makin menjadi, tapi tetap tak kuat, cari stoking pakai sebab sejuk, haha

Harapnya tak jadi demam, nanti badan tak larat, susah nanti, KK nak puasa.penuh, tak nak ganti dah, buat malu saja lelaki tak puasa, haha

Selamat berpuasa semua, harini dah hari ke-13, tak lama dah, nanti boleh raya kumpul duit raya banyak-banyak tau, haha, cakap macam budak-budak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan