Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 5 Jun 2016

Selamat Berpuasa !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sedar tak sedar, esok kita dah berpuasa, rasanya baru 2-3 hari KK cakap pasal nak puasa ni, eh eh esok dah mula berpuasa, malam ni bangun sahur semua


Tahun ni KK berpuasa jauh dengan keluarga, tapi semalam dah balik, salam dengan mak ayah semua, sebab kalau balik pun minggu depan

Tahun ni KK sangat gembira, sebab dapat cuti raya, dua tahun kan KK kerja masa raya, tahun ni barulah dapat merasa, tak sabar


Baju raya kelengkapan raya semua tak beli lagi, KK nak beli saat akhir nanti, malas nak beli sekarang nak tunggu Arif balik baru beli sekali, haha

Di kesempatan ini KK nak minta maaf kalau ada salah silap KK dalam berblog selama ini, risau ada terkasar bahasa ker, terasa hati dengan KK, minta maaf sangat

Kadang kita tak sedar kan, lidah ni tajam, kita tak rasa, tapi orang lain rasa, jadi kita kosong-kosong ! haha moga puasanya lancar kehendaknya

Selamat Berpuasa semua ! 

2 ulasan: