Spice of My Life

Followers !

Halaman

11/07/2014

Ramadhan 13 : Cuti hari ke-2 !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alahai, seronoknya hati, dah 2 hari tak jejak bakeri, haha, seronoknya bila tidur tidak diganggu oleh jam loceng, hehe


Harini memang penuh dengan aktiviti, pagi tadi mak KK ajak pergi kedai barang bakeri, untuk beli pewarna kek dan bahan-bahan nak buat kek.

Tahun ni, mak tak nak buat kuih, nak beli saja, kek saja nak buat, KK pun kerja, tak ada masa nak buat, raya pun kerja, baik beli saja, hehe.

Lepas saja beli barang buat kek, terus ke Mydin, destinasi wajib, haha, mak nak beli barang-barang dia, KK ikut saja.

Balik dari Mydin, pergi pejabat pos pula, lepas tu pergi BSN, banyak sangat urusan yang perlu diselesaikan, mak cakap, alang-alang KK dah cuti, boleh teman dia, kalau dah kerja payah.


Esok KK dah kerja semula, rasa macam nak cuti lagi, esok masuk shift pagi, huwaaa, tak puas lagi cuti 2 hari !


2 ulasan: