Followers !

Ahad, 27 Julai 2014

Ramadhan 30 : Misi Kek Minyak Raya !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sedih betul bila malam raya kena kerja kan, ramai tahun ni staff kat tempat kerja KK tak dapat cuti raya, kesnya tak cukup staff.


KK jenis tak kisah, sebab bujang lagi, kalau yang dah bekeluarga, ada anak-anak, memang kesian, nak balik kampung bagai, sedih memang sedih.


Lupakan kisah itu, KK nak cerita pasal kek, haha, KK kerja petang, jadi balik malam, malam-malam buta buat kek.

Mak cakap, buat yang mana mampu sudah, KK buat lah 2 biji, cukuplah untuk raya esok, sikit KK nak bawa pergi kerja esok.


Pukul 3 baru siap, sekarang masa untuk tidur, esok KK kerja tau, tak apa, tahun ni tak balik kampung, huh

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua :)


1 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin <3

    Jemput datang komen ya :)

    http://mynameishafizah.blogspot.com/2014/07/selamat-hari-raya-aidilfitri-2014.html

    BalasPadam