Followers !

Rabu, 16 Julai 2014

Ramadhan 15 : Iftar di tempat kerja ^-^


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisah semalam, KK kerja petang, bila dah masuk shift petang, memang balik malam pukul 10, kadang-kadang sampai rumah pukul 11.


Kat tempat kerja KK, untuk staff yang beragama Islam, makanan disediakan bagi berbuka puasa, bagus kan?

Tapi, tak adalah juadah macam nasi beriyani ayam golek, ayam masak percik lada atau nasi tomato ayam berempah, makanan sekadar alas perut, hehe

Kebiasaanya, roti sosej, donat goreng, croissant, muffin, kek pisang dan sebagainya, juadah disertakan kurma dan air kotak.

Warga bakeri yang bertungkus lumus menyiapkan juadah berbuka untuk staff yang lain, insyaAllah, kita bantu orang berbuka puasa, pahala ganjarannya.

KK hanya membantu yang mana termampu, insyaAllah, di bulan puasa ini, dapatlah sikit buat amal jariah dan dalam masa yang sama mencari keredhaan Ramadhan.

#lambat update #wifi problem


Tiada ulasan:

Catat Ulasan