Spice of My Life

Followers !

Halaman

26/07/2014

Ramadhan 27 : Projek "Kek Pelangi"


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini KK cuti, selepas 3 hari kerja pagi, dapat cuti sehari, lepas ni kerja petang pula sampai hari raya.


Projek cuti harini KK nak buat kek, lama dah tak buat, saja-saja nak buat bagi jiran tentangga dan nak bagi Arif, dia baru balik cuti raya


Buat petang tadi,  siap dalam pukul 4, telefon tak daapt, sampai 9 kali tak angkat, rasanya tidur sebab sealam pukul 3 baru sampai, penat agaknya

KK pun telefon ayahnya, katanya tidur, memang sah dia ni, ayahnya di arif ni pergi kejut, KK cakap nak hantar kek, suruh tunggu depan pintu

KK pun bawa motor, hantar sikit kat dia, adik pun ikut sekali, saja nak berjalan naik motor.


Lepas dah hantar terus balik, tak borak panjang pun, sebab jalan sesak, orang balik kerja, jadi malas nak balik lambat.

Bila sampai rumah mak potong lagi kek bagi jiran sebelah, juadah tambahan untuk berbuka nanti.

Nanti untuk raya, mak minta KK buat 3 biji, hehe :)




3 ulasan: