Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 25 Julai 2014

Ramadhan 26 : Sedapnya jemput kurma !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK kerja shift pagi semalam, jadi balik petang, tapi semalam lewat sedikit, sebab banyak kerja.


Bila malam lepas berbuka, KK memang dah niat nak buat jemput kurma, sebab kurma kat tempat kerja buat promosi separuh harga, hehe

Kurma yang RM10 sebekas jadi RM5, memang murah kan, macam beli 1 percuma 1, memang murah, ramai orang beli

KK beli lah satu bekas, yang paling murah sekali, RM3 punya, KK pilih yang kurma lembut dan basah, baru sedap nak buat jemput.

Bancuhlah tepung gandum, garam dengan kunyit sikit, potong kurma kecil-kecil, adun sekali dengan tepung dan goreng

Bila makan, memang sedap, manis kurma tu dah cukup sebatikan rasa tepung tu, mak pun cakap sedap, habis satu pinggan, haha

Kalau dah rasa nak makan, KK buat saja, tak hirau kat orang dah, hehe




Tiada ulasan:

Catat Ulasan