Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 27 Oktober 2014

Baiki motor + tayar baru :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisah motor pancit 2 hari lepas, lepas dah terbiar 2 malam kat situ, baru pagi tadi baikinya, kesian MR1 saya, 2 malam berhujan.


KK kerja shift sebelah petang, jadi pagi tadi memang bertolak awal untuk hantar motor untuk dibaiki.

Ditemani mak dan abah, alang-alang mereka nak ke bandar, hantar KK terus, pukul 11 dah keluar rumah, biarpun masuk kerja pukul 1, haha

Bila sampai kedai, mak tolong bagi tahu yang motor pancit, jadi orang bengkel tu tolong tengok kan dan cabut segala tayar bagai.


Tayar dah botak katanya, kalau nak kira, memang dah 2 tahun pakai tayar yang sama, tak pernah tukar, jadi abah minta tukar baru.

Lepas kira-kira, semua jadi RM60 sekali dengan tiub motor, nasib abah bayar, macam tahu-tahu saja anak dia tak ada duit, hehe

KK pun terus pergi kerja, kedainya memang dekat sangat dengan tempat kerja, tak sampai 5 minit dah sampai, KK memang dah bawa helmet semua, sebab nanti balik dengan motor.


4 ulasan:

  1. mjr lh pakai moto kalo kete..naye tuu Hehe

    BalasPadam
  2. Nasib tyar moto.. Tyar kete mau ratus kuarnya. Hehe

    BalasPadam