Followers !

Isnin, 13 Oktober 2014

Rezeki di Tong Pak Fu :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tak sangka bulan ni rezeki KK murah sangat, Ya Allah, KK sangat bersyukur sangat, tak sangka-sangka rezeki sampai lagi.


Semalam, lepas pada balik kerja, Kak Sue dan Nisa ajak makan di Tong Pak Fu, dah lama kedai ni kat ECM, nak cuba, sebab KK pun tak pernah cuba.



KK pun order lah, nampak macam sedap saja kan dalam gambar, kat sini lebih kepada makanan pencuci mulut, makan berat tak ada.

Bila dah sampai, ambil gambar dulu baru rasa, hehe, sedap jugak, rasanya macam ABC, tapi dimodenkan tambah dengan buah.


Tak sangka pula si Nisa ni nak bayar, KK dah hulur duit, dia tolak, dah paksa, dia lari pergi bayar, budak ni, haha.

Terima kasih tau Nisa, dah banyak belanja KK, nanti kita pergi makan KK belanja pula ok, hehe.


2 ulasan:

  1. Eh, tak pernah dgr pun. Blk kampung ni kene try sekali ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak asma, kena cuba, kedai ni depan brand outlet, belakang baskrin robbin

      Padam