Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 3 Oktober 2014

Demam Campak (Chicken Pox) !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

" Awak ni, dah besar-besar baru nak kena chicken pox, masa kecil dulu tak pernah kena ker?" "Rasanya tak pernah doktor, kata KK"


Aduhai, dah tua-tua baru nak kena, haha, rupa-rupanya demam yang dah berlarutan selama 3 hari ni rupanya campak.

Mesti pelik, KK dah umur 20 baru nak kena, kebiasaanya waktu kita kecil-kecil dah kena, rasa kelakar pun ada.

Tadi jumpa doktor, dan dia tengok, kat muka dengan kaki tak ada, kat badan memang penuh, doktor cakap, lambat nak baik ni.


Gelisah bila dengar, KK dah lah kerjakan, disebabkan penyakit ini agak teruk sebab boleh berjangkit, jadi KK diberi MC.

Seminggu pula duduk rumah, raya pun dengan sakit, tak pasal bawa penyakit kat orang nanti, haha

Macam-macam lah KK ni, ini semua dugaan Allah, redha saja dan terima dengan hati terbuka :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan