Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 14 Oktober 2014

Kisah inventori semalam, kerja 16 jam !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kisah semalam, memang pedih bila mengenangkan, haha, nasiblah keesokan harinya tu cuti, kalau tak memang dah cabut balik.


Semalam KK kerja pagi, sepatutnya dah balik pukul 5 tu, tapi disebabkan hari semalam ada inventori (check stok)

Disebabkan semalam yang kerja petang shafiq seorang, tak tahu pula nak buat inventori, KK ni pun bukan pandai sangat, sedih kan, hehe


Jadi, telah "dipaksa" untuk buat full, yakni balik malam, yakni kerja 2 shift terus, haha, sambung waktu kerja sampai balik. (7 pagi - 11 malam = 16 jam)

Redha saja, jadi kami bertiga semalam, KK, shafiq dan puteri buat inventori malam semalam, belajar lah, sebelum ni memang tak buat.

Tak apalah, kita semua pun belajar bukan? tak adanya keluar perut mak dah boleh kira 1 2 3 kan? hehe

 

Balik semalam pukul 11, nasiblah harini cuti, tidurlah sepuasnya, haha, itu semua pengalaman, kita pasti ada kan, tapi seronok :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan