Spice of My Life

Followers !

Halaman

09/06/2017

Ramadhan 14/17 : Projek biskut raya?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tulis bahan-bahan macam nak buat biskut raya? betul ke KK ni? macam banyak saja bahan tu, cukup ker nak buat tu, ataupun saja-saja tulis untuk mengisi masa lapang


Betul lah tu, KK nak buat biskut raya, alhamdulillah, tahun ni tahun kedua "Projek Biskut Raya 2017" berjalan lancar, tapi belum dirasmikan lagi, dalam proses

Dah macam rancangan tv pula, siap bermusim, haha, pengacara tak ramai pun, KK dan mak sahaja, macam tahun lepas juga, nasib dapat cuti awal, projek jalan!

KK senaraikan dulu bahan-bahan yang nak dibeli, semalam dah beli sikit, ada banyak lagi tak beli, nak beli awal-awal pun buat apa kan, cuti lambat lagi, lagipun KK tak sabar nak balik untuk selesaikan misi !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan