Spice of My Life

Followers !

Halaman

Khamis, 1 Jun 2017

Ramadhan 6/17 : Buat taufufah ekspress !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dua tiga hari ni, di FB memang viral taufufah ekpress ni, beribu orang kongsikan resipi ni, KK terpanggil untuk kongsi sekali, hehe


Tapi kalau kongsi saja buat apa kan, kita harus mencuba, baru tahu rasa macam mana, barulah dapat rasa hasil air tangan sendiri, hehe


Bahan-bahan pun sangat ringkas, cuma 3 bahan saja, air soya, serbuk agar-agar dan gula melaka untuk kuah, untuk resipi asal guna agar-agar tali, tapi KK guna serbuk

Alhamdulillah, menjadi juga, tapi jangan letak harapan terlalu tinggi, dah namanya taufufah ekpress kan, jadi rasanya tak 100% sama macam kat kedai tu


Rasa tekstur macam puding rasa soya, tak ada rasa serdak macam kacang soya tu, tapi untuk taufufah ni bolehlah kalau nak makan, dapat banyak, sekeluarga boleh makan, memang jimat duit

Apa pun bolehlah kalau nak mencuba buat untuk keluarga, tengok pun tak guna, dari telan air liur tu, baik buat untuk berbuka puasa, makan sejuk-sejuk memang terangkat lah, hehehe, selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan