Followers !

Ahad, 11 Jun 2017

Ramadhan 17/17 : Baju raya !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, telah selamat sampai baju raya KK semalam, punyalah gembiranya hati ini, hahaha, semangat sangat nak raya, puasanya tak habis lagi, apalah KK ni


Kali ni baju kurta warna merah pula, yang pertama tu warna ungu kan, yang ni mengerlip sikit, merah mak ngah sangat, haha, habislah kena kecam sekampung


Untuk tahun ni, dua helai saja, sama seperti tahun lepas, alhamdulillah rezeki, KK beryukur dengan kurniaan Allah, cuma tak tahu nak pakai mana dulu ye? hehe

Tengok-tengok tu, macam mana persiapan raya? dah siap ke belum? anak-anak dah siap? langsir dah jahit? hehe, KK cuma biskut raya saja belum buat lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan