Spice of My Life

Followers !

Halaman

15/06/2017

Ramadhan 20/17 : Hancur harapan...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alkisahnya KK ni nak tukar duit RM 1 di bank pagi tadi, sebab katanya dari semalam dah buka untuk tukaran duit kecil


Nak raya ni kan, nak juga bagi duit ke budak-budak, tapi harapan tinggal harapan, impian musnah begitu sahaja, hahaha

Dari luar dah nampak penuh orang beratur, KK pun nak beratur sama, tak menyempat KK nak ambil borang, dah dengar makcik-makcik bersembang katanya duit habis !

Terkejut KK, terus pasang telinga, katanya duit RM 5 dan RM 10 sahaja, aduhai, kita ni bukan orang senang, niatnya nak tukar duit RM 1 saja, sedih hati kecil ni, hahahaha

Balik sajalah, malas nak tukar, sakit hati, biarlah budak-budak, makan kuih raya saja, dah makan balik, hahaha, redha saja, nak buat macam mana kan

2 ulasan: