Followers !

Selasa, 28 Februari 2017

Masuk "keluarga" Avon?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selamat memasuki keluarga Avon, hahaha, terkejut juga dapat satu fail macam resume ni, macam nak suruh berniaga pun ada, Avon ni sinonim dengan kaum wanita pastinya


KK ni asalnya nak cuba satu pencuci muka dalam rangkaian produk Avon, terpanggil untuk daftar jadi ahli, sebab kalau masuk ahli dapat harga diskaun, macam menarik terus isi borang, terus dapat fail ni dalam tu penuh kertas-kertas dan katalog

Tak pasal-pasal boleh berniaga lepas ni, KK beli untuk diri sendiri saja, saja nak cuba produk lain, mana tahu serasi dengan kulit kita kan, dari beli yang berlambak di pasaran tu, merbahaya dan tak selamat

Lepas ni boleh dah pakai barang Avon, macam-macam ada dalam katalog, boleh rambang mata dan harga tak adalah mahal sangat, berpatutan lah dengan ekonomi sekarang yang tak tentu hala ni, hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan