Followers !

Ahad, 26 Mac 2017

Kuih akok VS Kuih bakar


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Mana satu pilihan hati ni? ataupun sukar nak buat pilihan? haha, KK pun pening nak memikirkan mana nak pilih antara dua ni


Kuih bakar dengan teksturnya yang lembut, rasa kesedapan pandan yang memukau, pasti buat kita tak sedar bila dah habis sebiji tu, warna hijau yang menarik !


Kuih akok pula dengan rasa telur yang sangat kaya, lemak manis dicampur dengan rasa sebatian tepung yang cukup membuatkan kita termimpi-mimpi !


KK memang tak dapat pilih mana satu, dua dua minat sebenarnya, tak kisah yang mana dihidangkan, pasti makan sampai habis licin, haha sebab sedap sangat

Ini KK beli bawa balik untuk mak, kejap lagi KK akan balik, bercuti selama empat hari, sebekas kuih akok, dan sebekas kuih bakar, makanlah sampai puas, hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan