Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 31 Mac 2017

Hokkaido Baked Cheese Tart !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selalu sangat dengar orang sibuk bercerita, gosip sana sini, cakap-cakap belakang pasal hokkaido cheese tart ni, apa kebendalah kan? viral kemain, kita ni orang kampung


Si Arif lah sibuk suruh rasa cheese tart ni, katanya sedap juga, harga cukup mahal juga, tapi untuk sekali seumur hidup tak salah pun, dah namanya nak merasa kan



KK pun belilah di Time Square, di Sungai Wang Plaza pun ada, tapi masa tu kenyang lagi, sebab baru lepas makan, jadi masa jalan-jalan di Time Square ada nampak

Ada promosi, beli 3pc dengan harga RM 14.90, tapi dengan perisa pilihan lah, kena campur perisa durian, cheese dan coklat, baru dapat harga tu

Untuk rasa, bagi KK yang durian dan coklat sedap, yang cheese tu bolehlah, macam dah biasa makan, jadi dah rasalah Hokkaido cheese ni, hahaha, selamat mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan