Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 24 Mac 2017

Rezeki orang belanja !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, tak disangka-sangka lagi, rezeki KK ada orang belanja pizza pula tu, senyap-senyap je pesan, tup tup dah sampai depan pintu pejabat


Si Nadia lah yang belanja ni, dia cakap "hadiah" sebelum dia berhenti, sebak pula rasanya, selera tiba-tiba jadi tak ada, tapi dia cakap jangan nangis sudah, haha

Lamanya tak makan pizza, rasanya ada nak masuk bertahun, haha, bukan selalu kan, sebab ni bukan makanan ruji orang Asia, kita hari-hari hadap nasi, hehe

Terima kasih Nadia, lepas ni kerja kat tempat lain elok-elok ye, KK doakan yang terbaik, dan jangan lupa jadilah isteri yang baik dan solehah

2 ulasan: