Followers !

Khamis, 30 Mac 2017

Bersantap di Chicken Rice Shop !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alkisah hari Rabu lepas, KK bersama mak dan adik ke KL balik hari, naik bas pagi pukul 8 pagi dan balik pukul 7 petang


Dah sampai terus ke Sungai Wang Plaza sebab nak buat cermin mata murah, adik sekali, KK dah buat dengan Arif haritu



Lepas dah siap tu, terus lah pergi makan, sebab semua masih tak makan, si Arif pun sama, haha, jadi kita makan dulu sebelum ke destinasi seterusnya, ayuh !

KK memilih Chicken Rice Shop sebab sesuai dengan anak tekak mak, biasalah orang tua tak makan benda pelik-pelik, haha, kan diajak makan boat noodle kan, rasanya tak tertelan, hehehehe



Ini KK ambil pakej untuk berempat, banyak lauknya, sampai penuh meja, semua sekali RM 79.90, tapi memang puas hati !

Lepas dah siap makan, terus ambil cermin mata sebab dah satu jam, dan perjalanan keluar dari Sungai Wang Plaza dan terus menuju ke Time Square pula !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan