Followers !

Selasa, 21 Mac 2017

Setelah 3 tahun berbakti


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Akhirnya, secara rasminya KK kembali kepada Celcom, tiada lagi U Mobile, semua itu tinggal kenangan, usah diungkit perkara yang lepas, hahaha


Baru saja tukar kad sim ni, lepas saja sim U Mobile tidak boleh diakses, KK terus tukar, dan dah boleh pakai Celcom, nombor yang sama, cuma telko yang berlainan


Tiga tahun juga bersama U Mobile ni, tapi terpaksa tukar sebab dah tak tahan dengan line yang selalu putus-putus dan tak tentu, kalau dulu di Pekan tak ada masalah

Kat Kemaman ni line sangat teruk, dah pernah buat aduan tapi masih sama, akhirnya tukar sajalah, tak payah fikir banyak, semalam tukar, harini dah boleh guna


KK ambil pakej yang Celcom Gold Plus tu, RM 98 sebulan tidak termasuk GST, 40gb internet dan telefon ke semua nombor tanpa had, insyaAllah harap cukup, haha

Ini bukan iklan berbayar ke apa, tidak sama sekali, ni atas pendapat peribadi, haha, kita blogger suam kuku mana ada orang nak sponsor kan, hehehe

Nak cuba pakai Celcom pula, lepas ni kalau tak menarik, atau nak cuba tukar angin boleh tukar balik, haha, tak ada kontrak pun, jadi boleh saja nak tukar sesuka hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan