Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 14 Mac 2017

Pengadun kek dari Lazada !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, sampai juga akhirnya pengadun kek yang KK pesan dari Lazada ni, tak lama pun dalam 3 hari macam tu, dah sampai dia pejabat




Kat rumah tu dah ada sebenarnya, yang mak punya, tapi kepala saja ada, badannya tak ada, haha, jadi dengan persediaan nak raya ni, KK beli dulu lah yang lain, senang sikit, yang lama tu dah uzur, hehe


Beli di Lazada, berkenan yang ni juga, dengan kapasiti mangkuk yang agak besar, mudah sikit, lagi satu yang menjadi KK berkenan sebab bekas mangkuk tu boleh buat pusingan secara automatik, tak perlu lagi nak pusing-pusing kepala dia nak bagi adunan sebati


Sebut mengenai harga, KK beli tak sampai RM 100 pun, cuma RM 87, dan kos penghantaran mengunakan PosLaju dicaj sebanyak RM 1.50 sahaja

Baru saja buka, tak guna lagi, jadi tak tahu lah macam mana, nak bagi reviu pun akan datang, haha, kalau dah guna KK akan beritahu perkembangan dan pendapat KK guna pengadun berjenama Singer ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan