Spice of My Life

Followers !

Halaman

Jumaat, 5 Ogos 2016

2 hari lagi !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tak sangka, perancangan yang setahun dirahsiakan, akhirnya tak sampai lagi 2 hari, siapa tak suka kan, apatah lagi teruja lagi-lagi pertama kali ke luar negara


KK lah baru nak merasa jejak luar Malaysia, orang lain dah berkali-kali, kita ni baru sekali nak jejak, haha, tak apa, asalkan dapat juga biarpun lambat, haha

KK pergi berempat, dua wanita dan dua lelaki, tempatnya tak jauh pun, sebelah Malaysia saja, tak mampu nak pergi jauh, haha

Baju seluar semua esok baru nak pulun, KK kerja seorang, jadi susah nak kemas barang, esok kawan kerja baru balik, senang KK tinggal kedai sekejap

Banyak kerja pula esok, insyaAllah semoga dipermudahkan urusan KK yang dah lama merancang hampir setahun ni, haha, tiket beli tahun lepas lagi, haha

Seminggu pula tu KK cuti, bukan 2-3 hari, tapi 5 hari terus KK mohon, alhamdulillah lepas juga, nasiblah dapat pengurus yang memahami, hehe

Semoga semuanya berjalan lancar, Aminn !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan