Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 14 Ogos 2016

4H 3M -MEDAN- (P4) : Kebun Strawberi & Ladang Lembu Berastagi !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kisah masih lagi bersambung episod ke-4, tetapi untuk kali ni sudah hari kedua KK dan kawan-kawan berada di Medan, Indonesia

Malam semalam tidur punyalah sejuk, patutlah hotel ni tak ada kipas atau penghawa dingin, kalau tak memang dah beku rasanya, tu pun rasa macam dalam peti sejuk, haha

Bangun pagi terus kemas kemas barang, sebab kena check out dari hotel, sebab lepas ni menetap di hotel lain pula, hehe. ayuhlah kita sarapan dulu


Sebelum bergerak ke lain, kita sarapan dulu di Hotel Grand Orri Berastagi ni, kami dijamu nasi goreng, comel je telur tu dengan keropok, air pula kopi panas

KK tak biasa makan pagi-pagi, jadi telan sajalah tekak ni, nanti lapar, dah lah rasa nak demam, lepas makan KK terus telan panadol, sebelum melarat, makan ubat dulu, haha

Lepas dah siap sarapan, baru hantar kunci dan terus bergerak untuk ke kebun strawberi, teruja KK nak makan strawberi yang baru dipetik sendiri, tapi itu hanya mimpi...



Strawberi kat sini besar-besar dan segar-segar, tapi disebabkan kawasan ni berdekatan dengan Gunung Sibayak, jadi habuk sulfur tu berterbangan sampai ke kebun kat sini

Strawberi jadi putih sebab diselaputi habuk, tapi bersih saja, kalau nak makan kena basuh dulu, jadi impian nak makan terus tu terkubur di siang hari, haha



Hasil yang tak seberapa, petik untuk diri sendiri saja, besar-besar buahnya, besar kebun sampai ke bawah, sebab kawasan berbukit, pilihlah kawasan mana nak petik

KK punya yang tak sampai suku bakul tu dah 250gram, bersamaan RP 25 ribu, 1kg dikira RP 80 ribu, murah sangat jika dibanding dengan harga strawberi di Cameron Highland

Dah siap timbang dan bayar semua, perjalanan diteruskan ke ladang lembu pula, seronok lembu kat sini, tak perlu nak berpanas bagai, sebab sejuk !





Lepas dah habis menjelajah di kebun strawberi jadi acah acah pekebun, kita terjah pula ladang lembu, tak jauh pun dari kebun tu cuma dalam 15 minit saja

Kat sini tempat proses susu lembu segar dan tempat menternak lembu, bau jangan cakap, biasalah ladang kan, tapi masih sejuk macam di kebun tadi

Lepas dah habis sesi bergambar, perjalanan diteruskan untuk keluar dari daerah Berastagi, sebab lepas ni macam-macam lagi nak jelajah

Habis cerita disini, nanti KK sambung pengembaraan di Bukit Gundaling dan Air Terjun Sipiso piso yang sangat cantik, tak lupa Bakso yang sedap ! nantikan..

2 ulasan:

  1. Bestnya dapat petik strawberry.. Murah pula tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best dan murah, strawberi pula manis !

      Padam