Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 30 Ogos 2016

Cucur lagi...


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bila malas nak masak, kita bancuh saja cucur segera jenama Adabi ni, malas nak beria bagai, haha, asal dapat kenyangkan perut jadilah ye,bukan selalu kan


KK dah bangun lewat pagi tadi, nak masak nasi dah malas, jadi masak cucur saja, KK jenis tak kisah, asal boleh makan dan kenyang, untung siapa kahwin dengan KK, haha

Sempat promo diri sendiri tu, macam-macamlah, esok kerja lagi, sebab KK ganti cuti yang cuti-cuti Medan tu kan, haha, rasakan, tak apa, kerja tak penat pun

Alhamdulillah, lepas KK susun balik jadual, bulan ni KK dapat gaji penuh, hehe, nasiblah dapat pengurus yang begitu memahami staff dia ni, hehe

Melalut pula KK, dah kenyang makan cucur, petah pula menulis kan, jadi kamu semua dah makan ker? hehe, selamat bercuti esok !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan