Followers !

Isnin, 15 Ogos 2016

4H 3M -MEDAN- (P10) : Aek Damanik & Kolam Raja


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Masa yang ditunggu telah tiba, ayuh kita terjun ! haha, KK masih lagi bersama kawan-kawan di hari yang ketiga, tiba di kawasan yang dipanggil Aek Damanik !


Masa turun tangga nak ke sini, terpancar sinar dan kilauan air yang sangat jernih dan sangat bersih, siapa tak suka kan, nasib tak meroyan kejap, haha

Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang sejam dari kebun teh tadi, masa dah sampai ni dah ramai pelancong asing dan tempatan, hehe




Tak pandang kiri kanan dah, terus tukar baju dan perlahan lahan masuk dalam air, Ya Allah sangat sejuk air kat sini, nampak ikan kat dalam air, tak dapat tangkap je, haha

Kat sini ada dua tempat, satu yang diatas tu, satu lagi di sebelah kiri, jalan kaki tak sampai dalam 5 minit dah jumpa, kat sini kawasan berbatu batu macam air terjun saja

Yang bila turun ni dipanggil Aek Damanik, kalau disebelah kiri tu dipanggil Kolam Raja, tak lebih kurang, cuma disebelah kiri kawasan lebih berbatu dan macam air terjun mini

Paling best yang pertama tadi, luas dah sejuk, KK yang nak demam, rasa hilang terus demam ni, haha, sejuk sangat, dah macam mandi ais rasanya, hehe




Siap mandi semua, dah kecut kecut jari jemari ni, masa untuk salin baju semula, gilir gilir jaga barang, masa mandi tadi tak terfikir ke barang masing masing pun, haha

Masa nak salin baju, barulah nak teringat harta masing-masing, haha, macam-macam perangai masing-masing, tapi sayang juga semuanya, dah namanya kawan kan, hehe




Dah siap tukar semua, siap mekap lagi, haha, teruskan perjalanan untuk ke bandar Medan, sebab esok dah hari terakhir, berat hati tak nak balik, nak duduk sini terus kalau ikutkan hati

Jadi kami meninggalkan daerah Danau Toba, dan akan terus ke Bandar Medan untuk hari yang terakhir, tapi nak sampai tu punyalah jauh, lemau semua

Masa inilah semua tak makan tenggahari terus, sebab dari Aek Damanik ni terus ke bandar Medan tak berhenti perjalanan, sebab nak sampai awal kalau ikutkan

6 jam perjalanan tanpa henti, haha, punyalah jauh, sebab daerah ke satu daerah makan masa, bukan dekat dekat tempatnya, jadi bertabahlah anak anak, haha

Bayangkan cuma makan pagi di Hotel Anugerah Togging, siap berjalan, mandi, renang kupu kupu, kuak lentang bagai di Aek Damanik, tipulah tak lapar kan, tapi kami tetap utuh dan rilek sampai ke bandar Medan

Kisah akan bersambung kejap lagi, hehe

4 ulasan: