Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 15 Ogos 2016

4H 3M -MEDAN- (P9) : Danau Toba Simarjarunjung & Kebun Teh


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Lepas saja dari Rumah Bolon tu, sebelum nak sampai ke Aek Damanik tu, ada 2 tempat kami dibawa oleh Mas Ronnie, pertama atas bukit Danau Toba Simarjarunjung dan Kebun Teh


Kiranya dalam perjalanan nak ke Aek Damanik tu, akan lalu kawasan ni, jadi tanpa merugikan diri kita singgah sebentar untuk berfoto, huhu




Kat sini ada jual jagung, jagung bakar, yang membelinya Arif seorang, yang tengoknya 4 orang, haha, KK masa ni tak teringin nak makan jagung, tapi si Arif ni tiap masa lapar

Tak silap KK harga sebatang jagung ni RP 8 ribu rasanya, KK dah lupa, boleh pilih nak perasa mentega atau nak pedas, si Arif katanya nak cuba yang pedas, melantaklah, haha

Atas bukit ni ada sebuah hotel, tak pasti hotel apa, tapi betul-betul atas bukit memang nampak Danau Toba dari jarak jauh, sejuk tu jangan cakap, haha




Sampai dah di lautan teh, dah macam drama rasanya, sepanjang jalan ni semua pokok daun teh, memang hijau sangat, kita yang tengok pun teruja dibuatnya

Wangi saja, bau daun teh yang mentah masih belum dipetik lagi, banyak pula tu, KK yang pertama kali tengok kebun ni jadi terkesima kejap, haha




Rasa macam tak nak balik, seronoknya kalau depan rumah buka pintu ada pemandangan macam ni, mesti tak stress hari hari punya, tenang saja

Dah selesai sesi fotografi yang tak bertauliah, perjalanan diteruskan ke Aek Damanik, tempat yang ditunggu-tunggu oleh semua sebab tak sabar nak terjun, haha

Cerita panjang lagi ni, hehe, nantikan episod seterusnya...

2 ulasan: